Nak mulakan perniagaan makanan tapi tak pasti macam mana nak mula?
Bekerjasama dengan kilang OEM makanan adalah cara paling mudah, selamat, dan berbaloi untuk bina jenama sendiri tanpa pening kepala.
Dengan pengilang OEM, anda boleh hasilkan produk berkualiti tinggi tanpa perlu risau tentang proses pembuatan yang leceh.
Di sini kita akan bincangkan kenapa syarikat OEM Malaysia jadi pilihan ramai usahawan yang nak kembangkan bisnes mereka.
Kenapa Patut Bekerjasama dengan Kilang OEM Makanan?
Nak buat OEM produk makanan Malaysia jenama sendiri dalam kuantiti besar bukan senang. Banyak prosedur, kawalan kualiti, dan standard keselamatan yang kena ikut.
Dengan kilang OEM makanan, anda tak perlu risau pasal pengurusan produksi. Mereka akan uruskan segala proses produksi, jadi anda boleh fokus pada branding dan pemasaran.
Selain itu, berikut antara sebab utama kenapa ramai pilih kilang OEM Malaysia.
Produk Ikut Citarasa Anda
OEM produk makanan yang dibuat dalam jumlah kuantiti besar biasanya juga dijual kepada perniagaan lain, termasuk pesaing anda.
Jadi, anda kena pastikan brand makanan anda unik dan lain daripada yang lain dari segi rasa dan packaging.
Jangan risau, kilang OEM makanan boleh bantu pastikan setiap produk mencapai kriteria yang anda nak.
Gunakan peluang ni untuk buat jenama anda lebih menarik — dari logo, ilustrasi, label,dan packaging.
Servis Cepat & Mesra Pelanggan
Bila anda bekerjasama dengan syarikat supplier OEM makanan, tak perlu susah hati pasal khidmat pelanggan.
Mereka memang komited nak bagi servis yang cepat, mesra, dan profesional. Ini kerana hubungan long term pelanggan sangat penting bagi mereka.
Kalau ada masalah macam produk rosak, kualiti kurang memuaskan, atau isu penghantaran, boleh bincang terus dan mereka akan selesaikan dengan segera.
Kualiti Produk Terjamin
Bab kualiti produk tak boleh diabaikan.
Kilang OEM makanan berlesen dah ikut semua piawaian keselamatan makanan , jadi produk yang dihasilkan memang terjamin bersih, selamat, dan berkualiti tinggi.
Malah, mereka juga boleh buat produk OEM organik tanpa bahan pengawet atau bahan tambahan yang berbahaya kalau anda nak.
Stok Sentiasa Cukup
Masalah bahan mentah tak cukup memang boleh ganggu proses pengeluaran. Sebab itu pengilang OEM makanan adalah rakan strategik terbaik untuk perniagaan anda.
Mereka dah ada bekalan bahan mentah yang sentiasa cukup, berkualiti tinggi, dan sedia digunakan bila-bila saja.
Anda dah tak perlu risau dah stok habis atau pengeluaran tersangkut.
Pelaburan Bijak, Untung Banyak
Pengilang OEM makanan boleh bantu anda dapatkan pulangan yang jauh lebih tinggi daripada kos yang dikeluarkan.
Pelaburan ini bukan saja menjimatkan masa dan tenaga anda, tapi anda juga boleh fokus pada pengurusan perniagaan, pemasaran, dan branding.
Pada masa yang sama, perniagaan anda boleh berkembang lebih cepat dan lagi untung!
Kantan Food Paste – Pilihan Terbaik untuk Produk OEM Anda
Nak buat produk makanan jenama sendiri tapi tak tahu nak mula dari mana? Kami boleh bantu!
Kantan Foods ialah kilang OEM makanan di Malaysia yang pakar dalam penghasilan dan pembekalan paste makanan segera.
Sebagai syarikat OEM Malaysia, kami hasilkan produk Halal dengan rasa tempatan, dijamin Halal, tanpa bahan pengawet atau pewarna tiruan — sesuai untuk pasaran Malaysia.
Berminat? Hubungi kami dan ambil langkah pertama untuk ada produk OEM terbaik dengan brand makanan jenama anda sendiri!
Baca Seterusnya: Why Buying Bulk Readymade Pastes is Better for Business